Monday 7 January 2013

Persediaan untuk ke Tanah Arab.

  
Assalamualaikum W.B.T pembaca blog sekalian..hari ini saya cuma nak berkongsi dengan kalian tantang persediaan saya sendiri menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal demi menempuh cabaran menunaikan ibadah fardhu haji dan umrah..

1. Kursus:
- kursus asas haji ( 11.02.2012 - 26.02.2012 ) di Masjid Al-Wahab, Permatang Duyong.
- latihan praktikal haji asas haji ( 02.06.2012 ) di Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh.
- kursus Intensif haji ( 25.06.2012 - 26.06.2012 ) di Masjid Al-Azhim.
nnti ada test menguji sejauh mana kita faham tentang kursus tu nanti. Jika tidak melepasi tahap lulus akan ke kursus khas. Alhamdulillah saya lulus.
- kursus khas ( 01.07.2012 )
- kursus Perdana ( 31.08.2012 - 01.09.2012 ) bermalam, di Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh.

2. Pemeriksaan Kesihatan.
- Poliklinik Komuniti Ayer Keroh ( 16.06.2012 ) dapat suntikan :
# Meningococcal Quadrivalent Vaccine ( ACYW-135) - diwajibkan dan percuma, KKM

# Vaksin Influenza - Klinik Swasta, kena bayar sendiri, digalakkan.
sejenis infeksi saluran pernafasan. Vaksin ini tidak boleh diberi kepada mereka yang alergik kepada telur sebab vaksin Influenza disediakan daripada telur. Bakal haji berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang bermasalah kesihatan iaitu pengidap penyakit kronik seperti lelah, kencing manis, sakit jantung, sakit paru-paru, sakit ginjal dan endoktrin amat digalakkan mengambil vaksin Influenza.

# Vaksin Pneumococcal 23-valent - Klinik Swasta, kena bayar sendiri, digalakkan.
Suntikan vaksin ini mencegah dari penyakit Pneumonia iaitu sejenis jangkitan serius di bahagian peparu yang disebabkan oleh bakteria atau virus. Penyakit ini merupakan penyakit utama di kalangan kanak-kanak dan warga tua.

3. Mengambil makanan tambahan  / vitamin . Saya mengambil produk Shaklee :
- Vitalea ( multivitamin )
- Vitamin E
-Vitamin C

4. Bersenam / latihan berjalan kaki.

5. Pakaian :
~Lelaki:
- tuala ihram (2)
- tali pinggang (1)
- baju biasa (2)
- baju melayu (2)
- singlet berlengan (2)
- seluar panjang (2)
- kalin pelekat (2)
- tuala mandi (2)
- selipar getah (1)
- kasut lembut (1)
- tuala kecil (1)
- baju sejuk (1)

~ Perempuan :
- telekung solat (2) saya bawa : 3 helai telekung shj kain tinggal.
- mini telekung  (2) 2 helai tudung bawal
- baju kurung (2) 2 helai baju, kain tinggal, bawa 3 helai seluar
- kain batik (2) tak bawa
- baju tidur / seluar panjang (2) tak bawa
- baju maxi (2) 1 jubah
- tuala mandi (1)
- stoking (3)
- kasut biasa (1)
- selipar getah (1)
 - tuala kecil (1)
- sarung tangan (1) 2 pasang
- kaca mata hitam (1) saya pakai kain purdah jenis 2 @ 3 helai tu
- baju sejuk (1)

~ Lain-lain keperluan :

- buku rekod rawatan (1)
- buku panduan haji (1) saya tak bawa
- buku soal jawab / doa (1)
- rantai tangan (1)
- lencana tabung haji (1)
- lampu suluh kecil (1)
- sejadah ringan (1)
- uncang batu / selipar (1)
- penyangkut baju (5)
- ubat gigi / ubat gigi (1)
- bag pakaian besar (1)
- beg pakaian sederhana 'TH' (1)
- gunting kecil (1)
- ubat - ubatan secukupnya / vitamin tambahan.

semua dah siap, kumpul kan barang tu dalam satu tempat, sekiranya perlukan sesuatu barang terus letak tempat yg 1 ni.. 2 hari sebelum berangkat dah pack barang.. cari mangga kemudian   kunci.. sarung bag travel yang besar  tu dengan penyarung yang ada :

Nama:
Alamat:
No. tel:
No.kapal terbang :

gelang tangan  Tabung Haji (kalau under TBG HJ ) kena pakai dari rumah, kalau pengunci dia tak kuat, ikat dengan kain..

Selebihnya, buatlah majlis doa selamat @  kesyukuran seminggu awal dari tarikh penerbangan..

Alhamdulillah, perjalanan saya ke Madinah, Mekah, dan Jeddah berjalan dengan lancar.. 
Haji Mabrur yang saya impikan semoga Allah perkenankan.. insyallah..

Jangan lupa,banyakkan berzikir, baca Al-Quran, menghadiri ceramah (hari Jumaat- untuk hajah sahaja ketika Haji solat Jumaat)






Friday 31 August 2012

Minuman bergas / berkarbonat merbahaya

semua orang suka dengan minuman ni termasuk lah saya sendiri.. tapi minuman ini banyak mendatangkan kemudaratan tau.. jadi, mari kita tinjau ape keburukannya..

1) Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
2) Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.

3) Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

4) Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.


5) Kandungan gula yang berlebihan bukan saja boleh menyebabkan sakit jantung malah kencing manis dan jugak kegemukan.


* kalau nak minum tu boleh tapi jangan keterlaluan ye.. daripada kehidupan seharian yang sederhana lebih mendamaikan.. 


* sekarang ni dah tau keburukannya, belilah makanan tambahan atau suplement tambahan yg lebih baik.. kalau tak tau nak pilih ape, contack saya okey..!