Tuesday 1 May 2012

assalamualaikum pembaca blog..

Hari ini saya mengajak diri saya dan juga pembaca sekalian merenung apakah punca anak anak bersikap degil mahupun nakal... hal yang demikian ini disebabkan saya sendiri mempunyai anak-anak kian membesar meneroka alam bakal yang mereka tempuhi.. mari kita membaca sama-sama..

Mengapa hal ini berlaku? Antara puncanya adalah disebabkan oleh dosa-dosa lampau yang pernah dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri.. Maklumat berikut saya peroleh dan diolah sendiri daripada majalah Q & A oleh Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz berjawatan sebagai Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah/DJ Undangan Radio Perak dalam segmen Senyum Pagi :

* meninggalkan solat fardu.

* pernah melawan / bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.

* ponteng sekolah dan merokok.

* mencuri duit / barang / buah dari dusun orang ( walaupun nilainya hanya beberapa ringgit ).

* mengurat  / mengacau anak dara orang.

* mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.

* mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi .

* menipu dalam urusan jual beli.

* menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen padahal bersosial dengan kawan-kawan lelaki      dan perempuan yang bukan mahram.

* duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan kekasih hati yang bukan mahram.

* mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram.

* suka melihat video / gambar lucah.







Cara mengatasinya :

 * kembali bertaubat ( solat sunat taubat ).

* beristigfar ( sifat malu kita perlu lawan demi kebaikan anak-anak yang degil ).

* solat tahajud ( solat taubat,  solat hajat, solat sunat yang lain ).

* jaga solat 5 waktu ( kalau boleh berjemaah di masjid, 1 seminggu sekali berjemaah di rumah ).

*  Jaga adab sopan ,batas aurat, pergaulan, masa bekerja di tempat kerja.

* Anak-anak jangan disumpah-sumpah, jika mereka meragam beristigfar dan kita kena ingat yang kita dulu-dulu pun pernah nakal.



Lembutkan hati anak degil :

Petua :

* beli sekampit beras, baca 70 kali surah al-fatihah setiap hari, selama 7 hari..Kampit beras tak perlu dibuka.

* selepas 7 hari, boleh digunakan makanan seharian untuk sekeluarga.

* gunting sehelai rambut anak, buat solat sunat hajat,berdoa untuk lembut kan hati anak yang degil, selepas itu genggam rambut anak dan baca 'ya rahim' 1000 kali.

* semasa tidur baca di ubun ubun surah assyura 42:19... sebanyak 19 kali setiap malam selama 7 hari berturut.doa ni boleh di baca di dalam air atau beras untuk kegunaan sekeluarga.


Semoga ape yang saya coretkan hari ini membawa sinar bahagia ibu bapa di luar sana..amin insyaallah..








No comments:

Post a Comment