Tuesday 13 March 2012

Lampin boleh basuh A.K.A Cloth Diapers ( CD ) dan pakaian bayi.

Panduan mencuci pakaian dan lampin.

1.Pilih produk mesra alam.
Sabun pencuci lampin bayi perlu berasaskan bahan kimia yang lembut. Malah, pemilihan produk yang lembut dan selamat boleh mengurangkan risiko iritasi. Dengan rumusan tanpa paraben iaitu sejenis toksik berbahaya yang boleh menyebabkan kanser. Sabun organik berasaskan tumbuhan mengandungi minyak yang boleh menyebabkan lampin tidak mampu menyerap dengan baik.

2.Guna sabun berformula khusus.
Penggunaan sabun dalam kuantiti yang banyak sebenarnya tidak membantu pakaian mahupun lampin untuk kelihatan benar-benar bersih.

3.Basuhan awal lampin.
Lampin dan pakaian anak perlu dibasuh beberapa kali terutama lampin moden dan tuala. Basuhan awal sama sekali tidak memerlukan pengunaan sabun, hanya memerlukan air bersih semata-mata.

4.Strip wash lampin.
Selepas lebih kurang 5 bulan penggunaan lampin, buat strip-wash disebabkan kekerapan membasuh lampin akan menyebabkan sisa sabun terbentuk pada material polar fleece. Sisa sabun yang timbul akan menyebabkan lampin tidak menyerap dengan sempurna. Caranya, gunakan air cuka ataupun air sodabikarbonat. gunakan sabun pencuci pinggan yang terkenal dengan penghapusan minyak ( sunlight ),rendam sebentar,sental dan cuci seperti biasa. hasilnya, insert akan rasa lebih ringan.

5.Elak penggunaan pelembut.
Pelembut akan meninggalkan lapisan yang boleh menyebabkan lampin tidak menyerap dengan sempurna.

Tip:
- air ejen pembersih yang paling baik
-sabun antibakteria akan membantu membersihkan lampin dan pakaian dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment