Friday, 25 May 2012

Assalamualaikun w.b.t.

21hb hari saya pergi ke kilnik swasta berhampiran. Bukan saya yang sakit tetapi anak perempuan saya. Hari tu anak saya alami ruam lampin hampir 9 hari.. sangat lama pada saya...Kebiasaannya sehari ke dua hari ruam lampin anak saya sudah pulih, tapi kali ni lain sikit. Selalunya saya guna cream DRAPOLENE untuk ruam baik. Harganya bawah RM 12.90 untuk satu tiub ni.


Tak sedap hati ajak suami pergi ke klinik hari tu..Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor tu beritahu anak saya mengalami fungus ataupun sejenis kulat. Kemudian doktor beri ubat cream 2 jenis TINAZOL dan UNIVATE, dan juga sedikit mandian ( 2 kali sehari ).



ni dia rupa ubat tiup tu.. picit sedikit keduanya, lepas kacau kat perut tangan kita baru le letakkan kat kemaluan anak.. Insyallah selepas dua hari beransur pulih..

No comments:

Post a Comment