assalamualaikum w.b.t...
Aduh, berat badan sedang meningkat nih, macam mana nak settlekan?huargh...!!
mulalah search kat google macam mana nak kurangkan kolestrol dan lemak yang tidak diperlukan oleh badan ni.. "Padan muka aku berat dah menaik.." berkata kata dalam hati.
Akhirnya, saya membuat keputusan dengan mengambil suplement tambahan daripada produk SHAKLEE iaitu Lecithin ( paling berkesan menguraikan lemak ), vita-lea (multivitamn ), ostematrix (kalsium), alfalfa (dalaman). Badan tak letih walaupun berdiet. Kalau ambil ESP lagi bagus ada sumber protin untuk otot..
kalau korang berminat dengan produk ni boleh ke Lokasi Shaklee yang berdaftar. kalau malas nak ke tempat tu just bank in dan boleh lah gunakan id saya ni untuk dapatkan diskaun ataupun harga ahli ye.. kalau tak korang leh contack saya kat Facebook : Pn Nora ( ID No. 881845 ). Saya nak beritau korang pasal 'graf' kenaikan sejarah berat :
47kg - pada zaman sekolah menengah.
50kg - pada zaman bertunang dan masa majlis persandingan.
60kg - naik 10kg selepas 6 bulan kawin.Gila makan ikut tekak, duduk dgn suami yang sama-sama hantu sambal. dan disahkan hamil anak pertama.
71kg - 40 minggu hamil, tunggu nak bersalin.
67kg - selepas seminggu bersalin.
60kg - Feb Mac 2012, start makan Shaklee..
55kg - Awal APril 2012, selesai 1 botol Lecithin saya makan. Alhamdulillah, turun 5kg dalam 1.5 bulan. Minggu pertama tu turun 500gm je.. terlampau perlahan penurunannya, tak pe asalkan selamat.
Dan selepastu nak turunkan lagi 5kg tak berjaya sebab ape?, sebab makan malam selepas waktu magrib. Konon dah berjaya tu nak celebret, naik pulak 1kg..!Hangin satu badan.. Sekarang ni berazam nak beli CINCH SHAKLEE pulak.. shaklee memang ada program diet. Nak tau lebih lanjut boleh lah dpatkan consultn daripada yang berdaftar.. Fuhh!! Untuk kalian, saya nasihatkanlah diri sendiri kalau nak buang lemak jangan tambah lemak baru.. nanti depa tak mau keluar dari badan baru tau..nak makan boleh asalkan beringat, makan sewaktu matahari ada waktu siang.. malam kalau lapar minum susu tak pun CINCH Shaklee tu..heheh.. moga berjaya ya..!!
Berikut adalah cara-cara yang boleh kalian menjadikan panduan :
Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan
perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka
makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana
makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.
Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun,
delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak
sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai
vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.
Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya
Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.
Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu
ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak
kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah
Maryam, ayat 25)
Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran
manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink).
Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan
kolesterol.
Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral
penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan
sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau
dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan
usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’
untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan
racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu
kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah
SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis
makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging
dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk
jantung.
Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan
ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai
kuburan bagi haiwan ternak.”
Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke
dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar
kealkalian (pH) air itu.
Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya
sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan
tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit
berpunca daripada gula.
Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan
makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang,
melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan
dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.
Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia
membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.
Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang
lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai
penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk
perubatan serta makanan tambahan.
Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.
Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya
akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak
makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis
riwayat Huzaifah).
Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala
orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit
dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala
segala ubatan.”
fuyyyoooo kak der ader blog :-)
ReplyDeletehui hui..saja mencuba.. orang lain dah buat, pe salahnya kita juga buat..FREE je..!
Delete